Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

Temui Scha Alyahya, Janna Nick, Fazura & Ramai Lagi Di Mood Republik Raya 2019

Asraf Aided
19/04/2019 11:25 MYT
Mood Republik Raya - KL Raya Fest 2019 bakal diadakan di MITEC (Malaysia International Trade & Exhibition Centre) Kuala Lumpur.

Acara kegemaran ramai itu akan berlangsung bermula 24 hingga 27 Mei 2019 selama 72 jam tanpa henti.

Sebelum ini, Mood Republik telah  berlangsung di PWTC namun pihak penganjur telah mengubah lokasi ke MITEC untuk memudahkan orang ramai hadir membeli belah.

Festival anjuran Mood Republik merupakan satu-satunya temasya yang berjaya mengumpulkan nama-nama besar dan eksklusif di bawah satu bumbung.

Antara usahawan dan artis terkemuka yang akan bekerjasama tahun ini adalah Datuk Seri Aliff Syukri, Datuk Seri Vida, Rozita Che Wan, Scha Alyahya, Janna Nick, Fazura dan ramai lagi.

Selain di MITEC Kuala Lumpur, acara ini juga bakal berlangsung di Pahang, Kedah dan Kelantan.

Untuk sebarang makluat dan informasi terkini, sila lawat Instagram atau Facebook @moodrepublik atau hubungi talian 0199163696.
#Mood Republik