Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Tendang Bola Macam Daddy Dia…”- Mia Ahmad Kongsi Video Perut Bergelombang

Syafiqah Jalal
16/08/2018 09:22 MYT
Pelakon Mia Ahmad teruja melihat bayi dalam kandungannya bergerak hingga menunjukkan perutnya bergelombang.

Mia Ahmad memberitahu sejak akhir-akhir ini bayinya kuat menendang terutama waktu malam.

My baby is kicking a lot now, especially at night,” katanya.

Pelakon wanita itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram (IG) miliknya.

Menerusi entri yang sama, dia juga turut memuat naik video menunjukkan perutnya sedang bergelombang kerana dipercayai bayinya sedang menendang.

Mia turut meminta pengikut IGnya meneka apakah yang sedang dilakukan oleh bayinya itu.

“Can you guess what is he doing inside there?,” tulisnya.

Rata-rata peminatnya meneka bayinya sedang bermain bola sepak dan bakal mengikut jejak langkah bapanya, Izham Tarmizi penjaga gol Johor Darul Takzim (JDT).

“Tendang bola macam Daddy dia.

“Nak ikut jejak langkah bapa dia

“Tengah main bola sepak tu,”
komen beberapa pengikutnya.

Mia dan Izham mendirikan rumah tangga pada 13 Januari 2017 di Taiping, Perak.

My baby is kicking a lot now, especially at night. Can you guess what is he doing inside there? ?

A post shared by Mia Ahmad (@mia.ahm4d) on

#Mia Ahmad #Baby #Izham Tarmizi #Bola Sepak #Baby Kicking
;