Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Tendang ‘Hantu’ Sampai Patah Rahang, Lelaki Hebat Karate Kalah Saman Taman Tema

Maliah Surip
22/08/2024 00:50 MYT
Seorang lelaki yang mempunyai kemahiran dalam seni bela diri karate kalah terhadap samannya kepada sebuah taman tema di Kyoto, Jepun selepas gagal memberikan bukti kukuh terhadap tindakan yang dibuat pada tahun 2011 silam.

Lelaki yang identitinya dirahsiakan sebelum ini dilaporkan masuk ke sebuah rumah hantu di taman tema Toei Kyoto Studio Park sebelum berlaku insiden yang menyaksikan dirinya bertindak di luar kawalan.

Kerana terkejut apabila ‘hantu’ muncul dengan menyergahnya, lelaki tersebut telah menendang muka pekerja rumah hantu itu sehingga patah rahang.

Dia mendakwa tindakan tersebut sebagai satu refleks daripada dirinya, lapor The Independent.

Insiden yang berlaku telah diselesaikan pada tahun 2015 apabila lelaki itu bersetuju membayar sebanyak RM255,666 kepada mangsa dan taman teman.

Namun dia memfailkan saman terhadap taman tema tersebut dengan alasan pihak pengurusan gagal melatih pekerja mempertahankan diri daripada pengunjung jika berlaku kejadian tidak diingini.

Pihak mahkamah bagaimanapun menolak saman tersebut dengan hujah selain mabuk, tindakannya menendang muka pekerja rumah hantu itu sehingga patah rahang kerana tindakan refleks adalah keterlaluan.
#Viral #Hantu #Tendang #Patah #Rahang