“Tengah Baring Kek Sampai” - Kamal Adli Terharu, Terkejut Uqasha Senrose Surprise Kek

Mya Amri
April 17, 2020 14:00 MYT
Pelakon Kamal Adli terkejut apabila menerima hadiah kek daripada aktres Uqasha Senrose sempena ulang tahun kelahirannya.
Kamal meluahkan rasa terharu dengan memuat naik foto terbaru bersama kek tersebut menerusi akaun Instagramnya.
“Terima kasih sangat-sangat untuk kek ni, terkejut tengah baring kek sampai. Haih nak cakap juga sebab sangat istimewa untuk saya.
“Dan saya sangat-sangat gembira yang @uqashasenrose2 yang send kek ni. Terima kasih sangat-sangat. Duduk rumah baik-baik tau awak, terima kasih sekali lagi,” tulisnya.
Dalam pada itu menerusi ruangan komen juga, Uqasha membalas ucapan Kamal.
“Happy birthday awak,” ucapnya.
Selain itu, Kamal juga turut menerima ucapan hari jadi daripada rakan selebriti seperti Saharul Ridzwan, Fad Bocey, Syamel dan Hairul Azreen.
Terdahulu, Kamal dan Uqasha sebelum ini mengakui selesa bergandingan untuk sesebuah produksi drama.
#Uqasha Senrose #Kamal Adli #Kamal Adli