"Tengah Baring Mereka 'Call' Tanya"- Hattan Tak Tahu Rupanya Temu Bual Secara 'Live'
Syafiqah Jalal
01/05/2023 01:39 MYT
01/05/2023 01:39 MYT
"Apa 'live'? Aku tak tahu," itu jawapan penyanyi otai, Datuk Hattan selepas ditanya mengenai temu bual secara langsung yang menjadi bualan hangat baru-baru ini.
Seorang teman rapatnya, Salimey Abu Bakar mendedahkan kembali cerita sebenar di sebalik video tular Hattan dan pembaca berita Astro Awani, Nursyazwani Saiful Sham itu.
Menurut Salimey dia menonton siaran berita Astro Awani pada hari berkenaan yang berlangsunv pada jam 10.40 pagi kemudian berasa ada sesuatu yang tidak kena berlaku.
"Saya terus hubungi Hattan dan bertanyakan situasi sebenar. Soalan pertama yang saya ajukan, adakah tahu panggilan tadi 'live'?
"Jawapan yang diberikannya, apa live? Aku tak tahu, katanya. Saya tanya lagi, biar betul Hattan tak tahu? Tak tahu, aku tengah baring mereka 'call' tanya soalan, aku jawablah macam biasa.
"Kalau kita pun dalam situasi begini mungkin kita pun jawab macam sembang biasa kawan-kawan. Saya pun jawab dengan Hattan... ohh ya ke," cerita Salimey.
Salimey berkongsi perkara berkenaan di akaun Facebook miliknya
Pada pemikirannya tidak mungkin Hattan tidak tahu protokol apabila ditemubual secara langsung di televisyen atau radio.
"Jadi, tidak adil satu kesalahan terus dilemparkan kepada artis seperti Datuk sahaja kerana beliau tidak minta ditemubual dalam siaran berita terbabit.
"Sebaliknya penerbit berita Astro Awani harus bersedia dengan soalan dan jawapan untuk diberi pada panel dan pembaca berita pada masa terbabit," katanya.
Terdahulu nama Dato’ Hattan menjadi bualan hangat apabila dia dilihat seolah-olah 'naik angin' kepada pembaca berita yang gagal menjawab soalannya mengenai pencipta lagu-lagu kumpulan XPDC ketika temu bual secara siaran langsung.
Rakaman video yang tular membuatkan Hattan atau nama sebenar, Mohd Shukri Shahabudin dianggap sebagai kurang ajar oleh netizen.