Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Tengah Berpantang, Suami Kantoi Bermalam Dengan Wanita Lain” - Dr Say Dedah Kisah Curang Kenalan, Nasihat Pengikut Untuk…

Izwan Isa
21/10/2022 22:57 MYT
Doktor selebriti, Dr Say Shazril berkongsi kisah mengenai kecurangan yang boleh berlaku dalam rumah tangga seseorang.

Menerusi kemas kini di Instagram, Dr Say mendedahkan yang terdapat kenalannya dan isteri yang mengalami masalah rumah tangga sehingga boleh menyebabkan pasangan yang berkahwin mengambil keputusan untuk bercerai.

“Pagi tadi bini cerita ada kawannya baru bercerai dengan suaminya masa dia tengah 9 hari berpantang. Katanya suaminya kantoi bermalam dengan perempuan lain masa bininya tengah nak bersalin di hospital.

“Bila check fon, jumpa gambar-gambar tak senonoh antara lelaki dan teman wanitanya tu. In fact dua tahun lepas, suaminya dah kantoi dengan wanita yang sama tetapi isterinya bagi peluang kedua.

“Dajal sungguh lelaki sebegini. Baru ni juga seorang lelaki yang saya pandang tinggi dan segani pun kantoi kacau junior doctors padahal ada anak bini kat rumah. Yang tu pun end up bercerai,” katanya.

Dr Say menambah, tabiat seseorang itu sangat sukar untuk diubah. Sebagai contoh, jika seseorang itu pernah main kayu tiga, selamanya dia akan curang dengan pasangannya.

“Saya tak nak cakap besar takut satu hari memakan diri in which saya berharap moga dijauhkan. Tapi sedarlah manusia baik lelaki mahupun wanita akan fakta ini.

“Saya tahu zaman sekarang susah nak cari lelaki yg berkualiti tapi sanggupkah kalian risikokan diri untuk kecewa di kemudian hari? Maybe mereka yang curang ni berbuat sedemikian sebab they like the adrenaline rush/ the thrill of flirting/ rasa diingini ni,” kongsinya.

Dalam pada itu, Dr Say menjelaskan, individu yang selalu curang kebiasannya memiliki janji manis yang mampu bikin sesiapa sahaja cair.

“Kadang tengok cheater ni muka tak gah mana pun, poket tak tebai mana pun, gigi tak tersusun mana pun tapi ayat dan janji manis dia fuuuh bikin ramai terkulai. Jadi kalau kalian sedang bercinta dan partner korang kantoi curang sampai tahap physical intimacy, sexting, dianggap keterlaluan bagi threshold curang masing-masing, nasihat saya tutup buku itu dan carilah yang lain.

“Cukuplah tengok single moms membesarkan anak-anak seorang diri kat luar sana dan anak-anak membesar tanpa kasih sayang seorang ayah.

“Nak poligami up to you tapi kalau nak touch & go better say no ye peeps,” tutupnya.

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!

#Curang #Main Kayu Tiga
;