Penyanyi kumpulan duo Billy Zulkarnain, Nine atau nama sebenarnya, Meor Zulkarnain Mohd Zamhuri melalui detik cemas apabila kereta yang dipandunya semalam hilang kawalan selepas secara tiba-tiba tayarnya meletup.

Nine yang bersama isteri dan anak-anaknya ketika itu berkata kereta yang dipandu hampir berpusing kerana hilang kawalan.

Namun Nine bersyukur kerana mereka sekeluarga selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Allaahu Rabbi... Syukur Alhamdulillaah tak ada apa-apa.

“ Tadi on the way nak pegi hantar my wife dan anak ke Airport...tengah dekat speed lane tetiba tayar meletup...

“Nasib baik dapat control kereta... Sebab dah almost nak berpusing... Haish... Syukur Alhamdulillaah tak jadi apa-apa,” tulisnya.

Bintang Gegar Vaganza musim kelima itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi perkongsian itu dia memuat naik foto keadaan tayarnya selepas kejadian.

Rata-rata pengikutnya turut bersyukur kerana dia dan sekeluarga terselamat.

Nine telah mendirikan rumah tangga pada 2008 dan memiliki dua orang anak.

View this post on Instagram

Allaahu Rabbi... Syukur Alhamdulillaah tak da apa2... Tadi on d way nak pegi hantar my wife n anak ke Airport...tengah dekat speed lane tetiba tayar meletup... Nasib baik dapat control kereta... Sebab dah almost nak berpusing... Haish... Syukur Alhamdulillaah tak jadi apa2...

A post shared by Mior Zulkarnain Zamhuri (@nine.mike) on