Penerus legasi Mamat Khalid dan juga pengarah Kampong Pisang Berbuah Dua Kali, Amen Khalid tidak dapat menahan sebak sewaktu berkongsi pengalaman mengarahkan filem tersebut.
Menurut Amen, saat paling sukar apabila memori bersama arwah Mamat Khalid seringkali terlintas difikirannya.
“Saya dengar suaranya saya teringat dia… Sebab setiap kali saya melakukan proses suntingan dia sentiasa berada di belakang saya. Masih terngiang-ngiang lagi suaranya.
“Selalu juga terjadi sepanjang penggambaran berlangsung. Kadang-kadang tengah duduk pun dengar macam ada suara dia.
“Saya paling ingat papa cakap buat baik-baik jangan main-main. Dia selalu ulang yang itu,” ujarnya ketika ditanya dalam sidang media Kampong Pisang Berbuah Dua Kali yang diadakan secara virtual pada Rabu.
Situasi di sidang media juga menjadi sebak apabila Amen tidak dapat menahan air mata saat bercerita mengenai arwah bapa kesayangannya.
Dalam pada itu, Amen juga menyatakan bahawa naskhah Kampong Pisang merupakan satu tanggungjawab besar buat dirinya.
“Naskhah Kampong Pisang ini amat besar bagi saya, tanggungjawab besar, saya usaha sebaik mungkin untuk tidak mahu lari dari konsep papa dan juga peminat-peminat karya papa. Saya harap anda semua boleh terima saya.
“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Astro kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk meneruskan karya papa.
“Para pelakon dan juga kru-kru belakang tabir juga, mereka banyak membantu dan memberi sokongan pada saya.
“Paling banyak memberikan sokongan adalah mama saya, kalau bukan sebab mama saya tak buat,” katanya.
BACA: Karya Terakhir Allahyarham Mamat Khalid, Kampong Pisang Berbuah Dua Kali Disempurnakan Amen Khaled
Saksikan komedi seram, Kampung Pisang Berbuah Dua Kali yang akan berada di Pawagam Rumah Anda, di Astro First bermula 3 Mac 2022.
Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.
Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw dan Astro Gempak.
Terdahulu, Amen Khalid pernah mengarahkan telefilem Sis Ngensot dan Pochong yang ditayangkan di saluran BOO (404).
Mya Amri
Thu Mar 03 2022


Ashton Kutcher Dedah Alami Penyakit Parah: “Saya Bersyukur Kerana Masih Hidup”
Aktor Ashton Kutcher mengejutkan peminatnya dengan pengakuan mengenai kesihatan dirinya.

Victoria Beckham & Menantu Kaya Tak Ngam
Khabar kurang enak datang dari keluarga Victoria Beckham. Isteri pemain bola legenda David Beckham ini didakwa bermasam muka dengan anak menantunya yang kaya raya, Nicola Peltz.

“Malu Tapi Bila Terbayang Mak Ayah Dekat Rumah…” - Muncul Live Di TV, Ryan Bakery Pun Ada Rasa Gementar Tau!
Ryan dah masuk tv guys!

Syafiq Yusof Tak Mahu Berlumba Dengan Keluarga Sendiri - "Abang Dan Ayah Sifu Saya"
Syafiq berkata, kritikan penonton boleh membantu memperbaiki karyanya pada masa akan datang
![[VIDEO] Nyanyian Amir Masdi Memukau Netizen, Digelar Rockstar Malaysia! [VIDEO] Nyanyian Amir Masdi Memukau Netizen, Digelar Rockstar Malaysia!](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2019-flavettesglowingstar/minimal-aesthetic-business-name-facebook-cover-(23)_1.png?ext=.png)
[VIDEO] Nyanyian Amir Masdi Memukau Netizen, Digelar Rockstar Malaysia!
Amir dapat duet dengan ratu rock

Astro Go Shop Raikan Hari Kebangsaan Dengan 'Go Gemilang Sale'
Raikan Hari Kebangsaan bersama Go Shop dengan baucar diskaun sehingga RM112 melalui ‘Go Gemilang Sale’ dari 8 Ogos hingga 18 September 2022.

Perginya Raja 'Pleat'... Pereka Fesyen Issey Miyake Meninggal Dunia Kerana Kanser Hati
Berita duka buat pencinta fesyen...

Pandelela Rinong Bangga Prestasi Atlet Muda, Akui Bergelut Dengan Masalah Jet Lag Di Birmingham
Jangan putus asa.

“Inilah Saya… Jika Anda Boleh Menerima Saya, Alhamdulillah” - Elyana Perjelas Status Sudah Tidak Berhijab
Elyana perjelas isu sudah tidak berhijab

Ainul Diserang Sawan, Ibu; "Seperti Ditidurkan, Hanya Bola Mata Saja Mampu Gerakkan"
Ibu kepada Ainul Mardhiah, Nurul Erwani memaklumkan anak perempuannya diserang sawan berulang kali sejak Ahad.