“Tengah Iron Baju Tiba-Tiba Dia Hulur Sampul” – Tasha Manshahar Kongsi Momen Manis Suami Buat Kejutan Birthday

Mya Amri
November 22, 2019 10:04 MYT
Penyanyi, Tasha Manshahar berkongsi momen manis bersama suaminya, Raqib Majid yang membuat kejutan sempena hari jadinya.
Menurut Tasha, dia tidak kisah mengenai sambutan hari jadi dan tindakan suaminya itu benar-benar membuatkan hatinya tersentuh.
“Semalam tengah iron baju, tiba-tiba my husband datang and wish happy birthday (yang I sendiri pun tak ingat) berserta doa yang panjang untuk si isteri ni. Amin amin amin.
“Dan tiba-tiba dia hulur sampul dan minta maaf sebab tak sempat nak prepare hadiah. I pun cakap it's totally okay for me sebab ingatan tu lebih priceless.
“Thank you, love. So nampaklah kurang sikit rasa bersalah dia. Mungkin dia ingat I akan sedih tak ada hadiah. Dia tak tahu, I lagi suka kalau tiap tahun dapat sampul berisi macam ni #gurauje #iloveyou
“I was raised in a small family yang tak kisah sangat bab birthday ni. Setiap kali birthday, my mom masak dekat rumah atau makan dekat luar, beli kek kecil, makan sama-sama.
“Kalau ada hadiah, ada lah. Kalau tak ada pun tak ada hal lah. Bagi saya, hari-hari adalah hari jadi, hari-hari kita perlu saling menghargai.
“Itu hadiah paling beerti. And yes, today I'm 27th officially, happy birthday to me.
“P/s: Dalam konon tak kisah, cepat-cepat jugak I simpan sampul ni wakakakaka. Ambil buat berkat org kata,” tulisnya.
Terdahulu, Tasha mendirikan rumah tangga dengan Raqib pada 8 September tahun lalu di sebuah majlis nikah ringkas di Masjid Jamek Kajang.
Pasangan ini baru sahaja menimang cahaya mata pada 21 Jun lalu.
#Penyanyi #Tasha Manshahar #Penyanyi