Pelakon Sari Yanti mendedahkan anaknya, Dariya Inara mengalami demam sehinggakan kurang mempunyai selera untuk makan.

Menerusi entri di Instagram (IG), Sari mendoakan agar anaknya segera sembuh seperti biasa.

"Kesian dia..Tangan kena gigit semut sesat mana tah.

"Pastu demam pulak..Tengah makan pun macam malas je dia.

"Get well soon anak mama @dariyainaraofficial @jepsepahtu," tulisnya sebagai kapsyen.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut Sari mendoakan kesembuhan Dariya.

Malah ada segelitir peminat yang tidak lokek berkongsi tips dan pengalaman kepada Sari.

Sari Yanti dan pelawak Jep telah berkahwin pada 25 Februari 2017.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Dariya Inara pada 25 April tahun lalu.

Manakala pada perkahwinan sebelum ini, Sari mempunyai dua cahaya mata lelaki iaitu Barr Al Aliy dan Baasit Al Haq.

Sian dia.. tangan kena gigit semut sesat mana tah. Pastu demam pulak.. tengah makan pun macam malas je dia ?. Gws anak mama @dariyainaraofficial @jepsepahtu

A post shared by Sari Yanti (@sariyanti) on