Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

Tengah Makan…Tiba-Tiba Gigi Rasa Ngilu, Memang Potong! Ini Penyelesaian Untuk Korang Yang Ada Masalah Gigi Sensitif

Fiza Kamarudin 11/02/2022 | 02:52 MYT

Pernah tak ketika mengunyah air batu atau sedang menikmati makanan kegemaran, tiba-tiba rasa tajam dan ngilu pada gigi?

Itu menandakan anda memiliki masalah gigi sensitif. Memang akan sentiasa berasa tidak selesa dan terpaksa berdepan kesakitan secara tiba-tiba dan memang boleh potong mood seharian!
Tetapi jangan risau, Sensodyne, jenama Ubat Gigi Sensitif Nombor 1*, memperkenalkan ubat gigi Repair & Protect Deep Repair terbaru, yang penghidap masalah gigi sensitif merasai semula nikmat kehidupan.
Tak perlu risau lagi tentang gigi sensitif, ketidakselesaan atau terpaksa berwaspada apabila mengambil makanan dan minuman.
Dengan kempen #ReclaimLifeSmallPleasures oleh Sensodyne, setiap individu, termasuk yang memiliki masalah gigi sensitif boleh mendapat manfaat.
Pengurus Besar GSK Consumer Healthcare Malaysia, Bryan Wong berkata, kempen #ReclaimLifeSmallPleasures adalah untuk meningkatkan lagi kesedaran mengenai langkah-langkah awal mencegah masalah gigi sensitif.
Selain dapat mengetahui apakah tindakan proaktif yang boleh diambil bagi melegakan gigi sensitif.
“Kami memahami bahawa ketidakselesaan yang disebabkan oleh gigi sensitif boleh menghalang kita daripada merasai nikmat kehidupan sepenuhnya.
“Ketika Malaysia mulai kembali normal dalam era pasca pandemik, kempen #ReclaimLifeSmallPleasures ini menyasarkan untuk memberikan inspirasi kepada rakyat Malaysia agar sentiasa mengutamakan penjagaan mulut dan menikmati setiap detik indah yang mereka lalui, tidak kira sama ada menerokai, mencuba dan merasai makanan setiap hari, tanpa perlu bimbang tentang gigi sensitif.
“Lagipun, hidup terlalu singkat untuk gigi sensitif,” ujarnya.
Dalam usaha meningkatkan kesedaran masalah gigi sensitif di seluruh negara, kempen #ReclaimLifeSmallPleasures Sensodyne akan dilancarkan secara berperingkat mulai Januari 2022.

Ia akan disampaikan menerusi pelbagai platform termasuk portal dan saluran media sosial Sensodyne Malaysia, platform media tradisional dan digital.

Pelbagai kandungan hiburan bermaklumat dan pendidikan oleh profesional penjagaan kesihatan, pencipta kandungan dan pempengaruh media sosial.

Sampel ubat gigi Sensodyne Repair & Protect Deep Repair juga boleh didapati di hampir 1,000 klinik pergigian di seluruh negara.

Mulai 31 Januari 2022, GSK Flagship Store di Shopee akan mengadakan promosi istimewa dengan hanya RM10.00 untuk setiap pek ubat gigi Sensodyne Repair & Protect Deep Repair.
Selain daripada itu, dengan pembelian minimum RM35 untuk semua produk Sensodyne, para pengguna juga akan menerima 10% POTONGAN tambahan dan baucar ShopeeFood bernilai RM5.
Ubat gigi Sensodyne Repair & Protect Deep Repair juga boleh didapati di farmasi, klinik pergigian, pasar mini, pasar raya dan pasar raya hiper di seluruh Malaysia.
Ubat gigi Sensodyne Repair & Protect Deep Repair menggunakan teknologi NovaMin® yang menembusi jauh ke dalam gigi bagi membaiki punca** gigi sensitif dan membentuk lapisan perlindungan yang terbukti secara klinikal dapat melegakan masalah gigi sensitif.
Ia turut mengandungi fluorida yang membantu menguatkan enamel dan memberikan perlindungan harian untuk gigi sensitif, di samping menjaga kesihatan gigi dan gusi.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Sensodyne Repair & Protect Deep Repair dan cara untuk melegakan gigi sensitif, sila kunjungi sensodyne.com.my dan ikuti laman Facebook dan Instagram Sensodyne Malaysia.

#Gaya Hidup #Advertorial #Gigi Sensitif #Sensodyne
;