Pengacara Faizal Ismail berkata dia kini terpaksa akur apabila disahkan matanya mengalami masalah penglihatan kabur.

Menurut Faizal, pada mulanya dia agak terkejut kerana dia kini perlu bergantung dengan cermin mata selepas 44 tahun tidak pernah berdepan langsung dengan masalah penglihatan.

"Sejak dua minggu lepas, tengah-tengah menaip, tiba-tiba kepala pusing, mata letih. Pergi jumpa pegawai optometri, dia kata keseluruhan mata okay.

"Tapi, bila dia uji suruh baca dari jarak tertentu, kantoi! 'Eye strain (mata letih), jadi anda perlukan cermin mata untuk membaca'.

"Saya yang tak pernah pakai cermin mata tanya dia, macam mana boleh jadi begitu, lepas tu dia jawab sambil berbisik 'Kamu semakin 'muda' '," kongsinya menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram.

Faizal turut berkongsi imej baru dirinya yang sudah mula menggayakan cermin mata.

MAKIN MUDA ? . LAMA tak update sebab BUSY melampau dengan deadline beratur panjang! Master kat UK ni setahun tapi sangat compact.. so memang 2nd semester ni byk giler keje ?. . Pas tu.. sejak 2 minggu lepaih.. tengah2 menaip, tiba2 kepala pusing, mata letih.. pi check kat optician, dia kata mata overall okay.. tapi bila dia test suruh baca dari certain distance, KANTOI! . “Eye strain, so you need reading glasses..” saya yang tak pernah pakai spec tanya dia, camne boleh jadi gitu... pas tu dia jawab sambil berbisik.. “you’re getting younger” ? . . (Swipe left utk jelingan mempersona) . #fbiinuk #maculturalcreativeindustries #cardiffuniversity

A post shared by Faizal Ismail (@faizalfbi76) on


Dalam pada itu, menurut Faizal dia kini sedang sibuk menyiapkan tugasan pengajiannya yang sudah memasuki semester kedua.

"Lama tak update sebab sibuk melampau dengan deadline beratur panjang! Master kat UK ni setahun tapi sangat padat, jadi memang semester kedua ni banyak gila kerja," katanya.

Faizal kini menyambung pengajian di peringkat sarjana dalam bidang Industri Kreatif di Universiti Cardiff, United Kingdom.

BACA: "Saya Akan Melanjutkan Pelajaran Ke Peringkat Master .." - Faizal Ismail Bakal Berhijrah Ke United Kingdom