Luahan hati Adira Suhaimi menjadi tanda tanya netizen apabila penyanyi itu menulis kapsyen seakan-akan memerli seseorang.

Kapsyen tersebut ditulis Adira menerusi akaun Instagramnya semalam.

“Apa boleh buat la admin balik sendiri dah biasa... Kita tengah bersedih orang tu tengah happy... Dapat pula berita... Bawa anak tak tahu pergi mana tanpa kebenaran, tu yang tergesa balik, tulisnya.

Luahan itu sebagai membalas kembali ulang siar (repost) kapsyen asal yang dicoret oleh kelab peminatnya @adirafanclub.


“Begitu tabah dan kuat insan yang bernama @adira.suhaimi di saat balik kg sendirian ketika memberi penghormatan terakhir buat abah tercinta ada saja dugaan yang berlaku di KL.

“Bila anak tersayang dibawa entah ke mana tanpa pengetahuannya… Orang di luar sana tidak tahu apa yang berlaku sebenarnya...

“Dugaan demi dugaan harus di tempuhi wanita yang sangat kuat ini... Rindu dan risau hilang bila anak-anak tersayang menjemput kepulangan Maminya di airport...

“Menitis air mata Min bila tengok situasi yang berlaku di airport tempoh hari… Buat @adira.suhaimi semoga tabah dan kuat menjalani kehidupan hari-hari yang mendatang…

“Min tau @adira.suhaimi seorang wanita yg kental. Kami AFC sayang dan sentiasa menyokong dari belakang,” tulisnya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya berharap agar Adira tabah mengharungi dugaan rumah tangga.







Terdahulu, Adira merupakan isteri kedua Datuk Red dan pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 3 Disember 2015.

Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata, Anggrek pada 10 Mac 2017 dan Asan pada 9 September 2018.

Foto: Instagram @adira.suhaimi