Laman Utama
“Tengah Shooting Tiba-Tiba Perut Keras” - Emma Maembong Lalui Detik Cemas
Pelakon Emma Maembong yang kini hamil enam bulan melalui detik mendebarkan apabila perutnya tiba-tiba mengeras.
Menurut Emma, kejadian itu berlaku sewaktu dia sedang menjalani penggambaran.
Emma yang merasai perubahan pada bahagian perutnya itu terus mengambil langkah berjaga-jaga dan berehat seketika.
Posting itu juga disertakan video pendek merakamkan dirinya sedang duduk sambil mengusap perutnya.
“Masa ni tengah shooting dan tiba-tiba perut saya rasa keras. Jadi duduk rehat-rehat dulu, sakit sangat-sangat tapi cuba tenang dan selawat.
“Urut-urut perut sikit, lepas beberapa minit... Alhamdulillah okay dah. Jadi mulakan kerja balik,” kongsinya menerusi posting terbaharu di akaun Instagramnya hari ini.
Menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya mendoakan kesejahteraan Emma dan bayi dalam kandungan sentiasa berada dalam keadaan sihat.
“Jaga kesihatan jangan stress. Bagus Emma berselawat selalu,” tulis @maksuu63
“Sama macam saya, kadang-kadang tu sebab terlebih kerja lepas tu baby mengeras, baring, relax usap-usap dia, minum atau makan sikit okay dah. Jaga diri mummy dan baby,” komen @niniee8
Terdahulu, Emma, 27 dan Shazli, 32, telah melangsungkan perkahwinan pada 20 Februari di sebuah premis acara di Bukit Damansara.