Pelakon Raja Ilya terharu apabila ibu mentuanya melakukan kejutan sempena hari lahirnya di Australia.

Menurut Ilya dia sangat tersentuh dan tak menyangka dengan semua persiapan yang dilakukan untuk sambutan hari jadinya.

“Setiap hari Isnin biasanya kami akan ke rumah mentua untuk makan malam bersama. Jadi seperti biasa kami pun masuk ke eruma dan Nampak ada belon dan candle light up dan semua tu.. Saya pun terfikir mungkin ada sambuatn hari jadi buat seseorang kerana hari lahir saya lagi tiga hari,

“Selepas tu tersedar adakah ia untuk saya…aww seriuoly rasa touch sangat.

“Selepas makan pula biasanya kami akan makan dessert sebab mak mentua saya memang pakar bab buat dessert ni. Kemudian tiba-tiba bapa mentua masuk mengejut bawa kek…OMG, seriously , tak budget and ready for this.

“Dah la duduk rumah sepanjang hari buat skrip, so memang tak bersiap apa. So touched actually. Lepas tu ada lagi, tengah syok layan kek tiba-tiba ibu Trent pula bawak masuk hadiah. Aww, seriously feel so blessed..first time sambut birthday awal…hahaha,” katanya.

Perkara itu dikongsi Ilya di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut, Ilya memuat naik rakaman video ketika sambutan hari jadinya yang dilakukan di rumah ibu mentuanya.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian peminatnya yang rata-rata turut mengucapkan hari lahir buatnya.

Ilya berkahwin dengan Trent yang merupakan jejaka berasal dari Australia itu telah 23 Disember tahun lalu dalam sebuah majlis ringkas di Perth, Australia.

Pasangan itu telah berkenalan sejak enam tahun lalu.

Every Monday we normally go to Mum place for dinner , as usual , I walk in... and nampak ada ballon n candle light up and all that.. for sec I thought probably someone birthday,coz birthday ilya lagi 3 Hari..Then realise it is for me.. ? Awww... seriously rasa touch gler ,then lepas dinner pulak .. we normaly have dessert coz my mum- In Memang pakar In dessert ,then suddenly Mum Dad -In law masuk mengejut Bawa Cakes .. Omg ,seriously Tak budget n ready for this .. Dah laa duduk rumah the wholeday buat Script so memang Tak bersiap apa.So touched actually..Lepas tu ada lagi...Syok layan cake tibe2 Mak Trent lak bawa masuk Hadiah .. Aawww ..Seriously feel so blessed.. first time celebrate Birthday in Advance...Hahaha.. Syukur ?? #lifestyleoflove #family #inlaws #love #itsmybirthday #blessed @instagram

A post shared by Raja Ilya (@rajailya) on