Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Tengah Tunggu Vivy Yusof & Suami, Sekali Jamal Abdillah Muncul Di Pejabat SPRM

Asyikin Mayudin
06/11/2024 06:25 MYT
Perkongsian video di Sinar Harian memperlihatkan kelibat penyanyi Datuk Jamal Abdillah tiba-tiba muncul ketika pengamal media sibuk menantikan pengasas platform e-dagang FashionValet, Datin Vivy Yusof dan Datuk Fadzaruddin Shah Anuar mencuri perhatian netizen.

Muncul di SPRM

Menerusi video yang dikongsikan di laman sosial, penyanyi berusia 65 tahun itu tiba di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada pukul 11.40 pagi, Rabu.

Dengan hanya membuka cermin kereta yang dinaiki bersama pemandunya, Jamal secara bersahaja melemparkan senyuman kepada pengamal media yang mula mengambil gambar dan video.

Sambil melambaikan tangan kepada para media dan tersenyum tanpa bicara, kenderaan membawa Jamal menuju masuk ke ibu pejabat SPRM.

ARTIKEL BERKAITAN: Tular Semula Foto Beg & Kasut Mewah Vivy Yusof, Netizen Buat Kira-Kira - “Keseluruhan Jumlah Lebih Kurang RM 1.5 Juta…”

ARTIKEL BERKAITAN: SPRM Ambil Beberapa Dokumen Dari MoF, Khazanah, FashionValet - Azam

ARTIKEL BERKAITAN: Tular Sebuah Kajian Dedah Tingkah Laku Vivy Yusof Seorang ‘Humblebrag Dalam Media Sosial’ - "Sentiasa Complain Tapi..."

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Impressed Dengan Koleksi Beg Tangan Mewah RM136,000 Vivy Yusof - “Kita Mampu Mimpi Je Nak Beli Satu Handbag Ni…”

Bagaimanapun, pemandu Jamal yang turut tersenyum melihat gelagat media mengambil gambar dan video sempat menyatakan kepada media bahawa anda semua tersilap orang.

"Media dah silap orang ni," kata pemandu Jamal secara bersahaja sambil tertawa.

Namun tiada maklumat lebih lanjut mengenai tujuan penyanyi lagu Gadis Melayu itu berada di ibu pejabat SPRM.

A post shared by Sinar Harian (@sinarharian)

#Jamal Abdillah #Vivy Yusof #SPRM #FashionValet #Ibu Pejabat SPRM #Jamal SPRM #Suami Vivy
;