Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah merupakan nama yang diberikan kepada anak perempuan pelakon Che Puan Juliana Evans.

Nama puterinya itu dikongsi oleh abang ipar Juliana, Tengku Salehuddin Ismail Shah menerusi kemas kini terbaru di akaun Instagramnya semalam.

Selain nama, Tengku Salehuddin juga turut berkongsi wajah anak perempuan sulung Juliana.

“Alhamdulillah, this my daughter Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah binti Tengku Sharifuddin shah. Congratulations @tengku_adeq and @julianaevans #mily,” kongsinya.

Alhamdulillah ??. This my daughter Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah binti Tengku Shariffuddin Shah . congratulations @tengku_adeq and @julianaevans #Mily ❤️???❤️???

A post shared by Tengku Salehuddin Shah (@tengkubib) on


Terdahulu, Juliana mendirikan rumah tangga bersama Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah Al-Hajj pada April 2017.

Hasil perkahwinan itu, Juliana dikurniakan anak perempuan yang baru dilahirkan semalam (13 Julai 2019).