Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Tengku Muhammad Iskandar, Tengku Natasya Selamat Diijab Kabul

Khairil Khusyairi
24/10/2024 14:24 MYT
Tengku Arif Bendahara, Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah dan pasangannya, Tengku Natasya Puteri Tengku Adnan sah bergelar suami isteri dalam Istiadat Akad Nikah di Istana Abdulaziz, Kuantan, Pahang malam ini.

Pasangan Pengantin Diraja itu dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor di Balai Mahkota, Istana Abdulaziz dengan mas kahwin senaskhah al-Quran.

Menerusi sesi siaran langsung, Tengku Muhammad Iskandar dan Tengku Natasya segak mengenakan busana songket bewarna cerah.

Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut berangkat ke Istiadat Akad Nikah dengan mengenakan persalinan sedondon berwarna hijau.

Seterusnya, istiadat akan diteruskan dengan Istiadat Berinai pada Jumaat dan Istiadat Persandingan Diraja pada Ahad.

Untuk info, Istiadat Akad Nikah, Istiadat Berinai dan Istiadat Persandingan akan disiarkan secara langsung melalui dua layar besar di Dataran Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) dan sebuah layar di Dataran Pekan yang mana pelbagai acara menarik disediakan di kedua-dua lokasi sepanjang Istiadat Perkahwinan Putera Diraja berlangsung.
#Pahang #R #Tengku Natasya #ijab kabul diraja #Kerabat Diraja Pahang #Tengku Muhammad Iskanda
;