Filem Butak terus mencuri tumpuan apabila ramai dalam kalangan penonton memberi respon dan kritikan positif mengenai kualiti yang ditampilkan.

Menerusi pemantauan Gempak, rata-rata netizen memuji karya terbaru sutradara Sabri Yunos itu.

Malah, kebanyakan mereka sepakat mengatakan Butak antara filem yang penuh dramatik dan menyedihkan.

“Tengah tengok 10 minit dah nak mengalir air mata,” kata seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Zool.

“Butak ni macam nice, budak kecil nak pergi Mekah sebab jumpa mak dia” kata seorang lagi pengguna Twitter.

“Guys korang kena tengok dekat Astro First, Butak padu,” kata seorang netizen.

Anda boleh lihat antara pujian dan kritikan tersebut di bawah.



Filem Butak secara ringkasnya mengisarkan tentang seorang remaja lelaki bernama Butak yang nakal tetapi cerdik.

Sering menimbulkan kekecohan di kampungnya, Butak kemudian merajuk dan menyalahkan diri sendiri selepas berlakunya satu peristiwa yang meruntun hatinya.

Pada masa sama, kisah yang Butak sering dengar tentang ibadat Haji telah membawanya ke Pelabuhan Penang.

Terdetik di hati Butak untuk menaiki kapal merasai pengalaman itu sendiri, sujud di depan Kaabah memohon maaf di atas kesilapan lalu dan berubah menjadi seorang yang lebih baik.

Jangan lupa untuk menonton filem Butak di pawagam rumah anda, Astro First saluran 480.

Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton filem arahan Sabri Yunus ini selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.