Pelakon Enot selamat menerima menantu selepas anak perempuan sulungnya, Andriana Balqis sah diijabkabulkan hujung minggu lalu

Enot atau nama sebenarnya Aliza Abdullah, 40, mengadakan satu majlis nikah ringkas buat anaknya yang manis berbaju putih.

Menurut Enot, dia bagai tidak percaya anak sulungnya itu sudah besar dan berkahwin.

“Assallamualaikum sehari sahaja lagi aku dapat menantu!!

“Macam tak percaya anak aku dah besar!! dulu ingat lagi aku kehulu kehilir angkut mereka pergi shooting dan meniaga. Almaklumlah single mother!!

“Mereka tak pernah aku tinggalkan..mana sahaja aku bawa..sampailah mereka besar aku masih ingat mereka budak-budak lagi!

“Kakak, mama doakan kakak menjadi seorang isteri yang solehah yang taat pada suami,dan yang tak ingkar dengan perintah Allah..

“Hanya doa yang mampu mama beri..mama usaha untuk berikan yang terbaik untuk kakak.. smoga aku tabah esok hari, takut aku banjir sndiri pula nanti hahhahaha.. tak apa im cool mom!! hidup harus diteruskan!!

“Tengok anak kahwin mama pun teringin juga! ahakkk tapi dah ada menantu orang pun tak nak dah,dah tak laku hahahahhaha have anyone want married me?hhahahhaha haram! soalan aku nih!! hahahhahaha oklah saje jer mengubat hati yang libang libur nihh! ok wish me luck besok! ehh macam aku pula nak kawin hahahhaha bukan apa wish aku supaya aku tak melalak besok aduhhh,”
tulisnya.

Enot berkongsi luahan perasaannya itu sehari sebelum pernikahan anaknya di akaun Instagram.

Rata-rata pengikutnya turut mengucapkan tahniah dan mendoakan segala urusan dipermudahkan.

Enot juga ibu tunggal kepada seorang lagi anak Ariana Qaseh Qistina.

Assallamualaikum sehari je lagi aku dpt menantu!! ???..mcm x caya anak aku dah besor!! dulu ingat lg aku kehulu kehilir angkut diorg g shooting g niaga Almaklumlah single mother!! diorg x pernah aku tinggalkan..mane pg aku bwk..smpailah diorg besar aku msh ingat diorg bdk2 lagi! kakak mama doakan kakak mnjadi seorg isteri yg solehah yg taat pada suami,dan yg x ingkar dgn perintah Allah.. hanya doa yg mampu mama beri..mama usaha untk berikan yg trbaik untk kakak.. smoga aku tabah esok hr takut aku bnjir sndiri plak nnt hahhahaha.. xapa im cool mom!! hidup harus diteruskan!! tgk anak kwin mama pun tringin jgk! ahakkk tp dah ada mnantu org pun x nak dah,dah x laku hahahahhaha have anyone want married me?hhahahhaha hare!! soalan aku nih!! hahahhahaha oklah saje jer mngubat hati yg libang libur nihh! ok wish me luck bsk! ehh mcm aku llak nak kawin hahahhaha bkn apa wish aku supaya aku x melalak besoklah!! aduhhh ?‍♀️☺️? . . p/s im still young 40 years dah dpt menantu! oh nooooooo!! x bole trima!!my daughter is still my little baby!! aduhhh bertabah hati

A post shared by ENOT (@enot_78) on

View this post on Instagram

Assallamualaikum ni lah anak dara saya!! ramai yg xkenal n lupa rupa anak sulong sy.. dia lg besar dr sy skrg hahhahaha.. so this is it!! have to face it today hokey!!

A post shared by ENOT (@enot_78) on