Sediakan popcorn guys! Kerana hari-hari anda akan diceriakan dengan filem komedi terbaharu berjudul Kampung Latah Kena Kuarantin.

Apa yang menarik? Sudah pasti telatah barisan pelakon dalam Kampung Latah Kena Kuarantin ini ada jawapannya.

Secara jujurnya, melihat kepada tajuk filem dan barisan pelakonnya sahaja sudah mampu memberikan bayangan betapa meriahnya cerita ini.

Antara bintang yang terlibat dalam Kampung Latah Kena Kuarantin adalah Azhan Rani, Nazia Mustafar, Eida Moin, Elisya Sandha, Ps Mansur, Din Latah, Joey Daud, Roy Azman, Datuk Awie dan ramai lagi.

A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw)


Kalau nak tahu sebahagian daripada pelakon Kampung Latah Kena Kuarantin ini sahaja sebenarnya memang kuat melatah. Pantang sahaja dicuit atau usik, pasti teruk latahnya.

Melihat ruangan komen di setiap posting para pelakon juga menunjukkan ramai yang sudah tidak sabar menantikan tayangan filem berkenaan.


Jadi korang semua jangan lupa tau tonton Kampung Latah Kena Kuarantin bermula 9 September di pawagam rumah anda, Astro First (saluran 480).

Anda juga boleh strim Kampung Latah Kena Kuarantin di Astro Go atau On Demand mulai 9 September juga.