Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

“Tengok Drama Korea, Perangai Macam Drama Melayu” - Ouch! Epiknya Babak Filem Jaga-Jaga Senariounion

Hanafis Haris
24/04/2022 03:41 MYT

Filem Jaga-Jaga Senariounion yang ditayangkan sejak Jumaat lalu telah menerima pelbagai respon dan reaksi positif peminat.

Kebanyakan mereka dilihat teruja, namun pada masa saja kagum dengan ‘treatment’ yang sedikit berbeza dan penuh elemen baru.

Antaranya termasuklah babak-babak ‘killer’ yang membuatkan ramai tersentak.

“Tengok drama korea, perangai macam drama melayu”.

Itulah antara babak antara Azlee dan Syanie yang bergelut dengan konflik drama Korea.

Selain itu, babak jurukamera yang mengambil ‘shot’ ketika akad nikah juga membuatkan ramai berdekah.

“Tak pernah lagi jumpa cameraman kahwin over macam nak shooting drama,” tulis beberapa netizen.

Anda boleh lihat antara sedutan babak epik tersebut di bawah.

A post shared by #SENARIOUNION (@senariounion)

Anda boleh melanggan dan saksikan Jaga-Jaga Senariounion Di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 21 April 2022.

Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand.

Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw dan Astro Gempak.

Sekadar info, kisah Jaga-Jaga Senariounion bermula di hari majlis pernikahan anak Dato Hamdan dan Azlee, di mana keluarga Dato Hamdan telah disamun ketika dalam perjalanan ke rumah bakal besannya.

Apa yang peliknya, perompak-perompak tersebut hanya merompak barang-barang hantaran sahaja.

Setibanya di rumah pengantin, setiap seorang daripada mereka tidak kira keluarga pengantin lelaki atau pengantin perempuan telah disyaki merancang untuk sabotaj majlis tersebut. Semuanya menjadi teka-teki.


#Viral #Senariounion #Jaga-Jaga Senariounion