Perasaan cinta dan sayang pelakon, Hafidz Roshdi terhadap isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri masih wujud walaupun bukan sepenuhnya.

Hafidz berkata, soal masih mahu pertahankan rumah tangga atau tidak, dia menyerahkan perkara itu kepada ketentuan Ilahi.

"Tengok jodoh macam mana. Rasa sayang itu 50-50. Untuk hari ini kita ada sebutan kes baharu, jadi kita serahkan kepada mahkamah. Apa saja keputusannya, lafaz itu dibuat atau tidak, saya serahkan kepada mahkamah

"Alhamdulillah, saya okey. Tiada sebarang komunikasi bersama Shuhada. Saya diminta untuk tidak mengganggu pihak Shuhada dan saya mengambil keputusan untuk tidak berkomunikasi," katanya menurut laporan Harian Metro.

Sementara itu, peguam yang mewakili Hafidz, Datuk Akberdin Abdul Kader berkata, pihak plaintif menyatakan tuntutan baharu selepas mendakwa ada lafaz cerai baharu yang berlaku pada 22 Januari lalu dan mereka perlu menunggu keputusan mahkamah untuk keputusan kedua-dua lafaz cerai.

"Hari ini adalah tarikh sebutan pertama, permohonan ini difailkan bersama-sama oleh plaintif dan defendan. Jadi, ketika itu tiada timbul lafaz kedua. Tiba-tiba, semalam kami dapat penyata daripada pembelaan, ada tuntutan balas daripada defendan.

"Tiba-tiba dia berkata ada satu lagi talak yang dilafazkan oleh Hafidz. Itu mahkamah akan tentukan. Jadi, kita akan masukkan jawapan dan pembelaan kepada tuntutan itu. Sebelum ini dia tidak menyatakan tuntutan itu yang dilafazkan pada 22 Januari.

"Kes kita pagi ini adalah berkaitan tuntutan pada 22 Februari. Kami terkejut kerana mereka memfailkan tuntutan pertama itu bersama. Jadi kami perlu membela. Kita tunggu mahkamah putuskan mengenai kedua-dua lafaz itu," katanya.

Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, hari ini menetapkan 9 Mei depan bagi sebutan semula kes cerai Hafidz dan isterinya, Nurul Shuhada berhubung isu lafaz cerai yang dibuat Hafidz, sebanyak dua kali.

Hakim Syarie Siti Rahman Hussin menetapkan tarikh itu selepas peguam syarie, Akberdin Abdul Kadir yang mewakili Hafidz memohon satu tarikh lain bagi pihaknya menjawab tuntutan balas berhubung isu lafaz cerai itu.

Sepatutnya, hari ini adalah pengesahan lafaz cerai namun mahkamah dimaklumkan terdapat isu baharu berhubung isu cerai itu.

Hafidz dan Nurul Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2.

Sumber - Harian Metro