Pelakon popular, Datuk Aaron Aziz berkongsi pengalaman ketika berlakon filem di Hong Kong baru-baru ini.

Memetik laporan HLive, Aaron mengatakan semua urusan ketika dia berada di Hong Kong telah berjalan dengan lancar, namun ada beberapa perkara yang perlu dititikberatkan.

"Semua urusan berjalan dengan lancar ketika di Hong Kong, cuma ada beberapa perkara yang saya harus berjaga-jaga.

"Sebelum berlakon, mereka ada buat satu upacara berdasarkan kepercayaan mereka untuk melancarkan proses penggambaran.

"Selain itu, saya juga harus berjaga-jaga ketika mahu makan, saya ada nampak lauk seperti ayam, nampak garing rupanya daging khinzir,"
ujarnya.

Filem yang berjudul Undercover Punch and Gun itu memaparkan aksi jenayah di Hong Kong dan telah ditayangkan bermula 29 Jun lalu.

Selain Aaron, filem tersebut turut dibintangi oleh barisan pelakon popular Hong Kong seperti Philip Ng, Andy Onimal, Aka Chio dan ramai lagi.

Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).


Sumber : HLive