Penyanyi Misha Omar menempelak netizen yang didakwa menghina wajah juara Big Stage 2023, Nadeera Zaini sehingga disamakan dengan bab*.
Kata Misha netizen tersebut sepatutnya 'cermin wajah' mereka dahulu sebelum terlalu mudah mengata orang lain terutama tentang fizikal seseorang.
“Tengok muka depan cermin, adakah diri sendiri sempurna? Mulut terlalu mudah mengata orang.
“Saya rasa ramai yang menjalani kehidupan yang agak bitter dan menggunakan media sosial untuk melempiaskan kekecewaan dengan menjadikan orang lain sebagai mangsa.
“Perkara ini boleh menjadi ‘barah’, jadi kepada yang suka menghina rupa paras orang lain, nasihat saya, bersahabatlah dengan cermin,” tegasnya.
Misha berkata demikian kepada Astro Gempak selepas hadir pada majlis pelancaran Festival Muzik KEPCI 2023 anjuran KFC Malaysia di Sunway Pyramid, Subang Jaya, Selangor pada Selasa.
BACA: Ada Kata Muka Saya Macam Bab* - Nadeera Zaini
Pun begitu, Misha menasihatkan Nadeera agar tidak membiarkan komen negatif di media sosial menghancurkan semangatnya untuk menjadi penyanyi yang berjaya.
“Nadeera adalah penyanyi yang bagus dan imej setiap penyanyi akan datang seiring (bakat).
“Contoh terdekat adalah Ernie Zakri dan Aina Abdul yang menjadi diri mereka hari ini selepas melalui fasa-fasa tertentu.
“Kita kena biarkan bakat-bakat baharu berkembang, berikan mereka masa,” ujarnya.
Pada konsert akhir Big Stage 2023 Ahad lalu, Nadeera mengakui berasa tersinggung dengan kata-kata hinaan yang tergamak menyamakan wajahnya dengan haiwan.
Syafiqah Jalal
Wed Jul 12 2023


Ini Caranya Nak Dapatkan Wifi Kencang Berkelajuan 500Mbps Pada Harga RM90 Sebulan!
Berbaloi betul!

Pertaruh Naskhah Berkualiti, W: Two Worlds Versi Tempatan Rupanya Digarap Oleh Sutradara & Penerbit Nenek Bongkok Tiga!
Memang mantap!

Adik Allahyarham Ashraf Sinclair, Aishah & Yuna Jadi Pengapit BCL, Tiko
Tahniah BCL.

Berkaki Ayam Naik Sampan, Sampai Uniform Kena Lumpur, Ramai Salut Kakak Misi Ini
Murninya hati...
Dato’ Awie pernah terima satu guni surat cinta daripada fans? | GMW Specials
Sebut je band WINGS, confirm semua tahu lagu dorang. Antara band legend dekat Malaysia. Beratur awek nak kirim surat cinta dekat Dato’ Awie tau. 1 guni surat cinta ya. Jom layan video penuh sekarang.
Saksikan video penuh GMW Specials SEKARANG di gempak.com/gempakmostwanted
Gempak Most Wanted
️ Setiap Isnin hingga Jumaat
⏰ 11 malam
Astro Ria dan Astro GO
Undi calon fav di gempak.com/gempakmostwanted
#GMWSpecials
#GempakMostWanted
#GempakMostWanted2023
#GempakMostWantedShow
#AstroBaharu
#TakMacamDulu
Saksikan video penuh GMW Specials SEKARANG di gempak.com/gempakmostwanted
Gempak Most Wanted
️ Setiap Isnin hingga Jumaat
⏰ 11 malam
Astro Ria dan Astro GO
Undi calon fav di gempak.com/gempakmostwanted
#GMWSpecials
#GempakMostWanted
#GempakMostWanted2023
#GempakMostWantedShow
#AstroBaharu
#TakMacamDulu

The Exchange TRX Dah Buka, Ini Kedai-Kedai Best Korang Boleh Pergi! Tapi Harga Parking Keras Sikit…
The Exchange TRX dah buka
![[VIDEO] Baru Kehilangan Bapa, Ibu Saudara Buat Surprise Sampai Kanak-Kanak Lelaki Ini Menangis Penuh Emosi [VIDEO] Baru Kehilangan Bapa, Ibu Saudara Buat Surprise Sampai Kanak-Kanak Lelaki Ini Menangis Penuh Emosi](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2019-flavettesglowingstar/korea-sedih.jpg?ext=.jpg)
[VIDEO] Baru Kehilangan Bapa, Ibu Saudara Buat Surprise Sampai Kanak-Kanak Lelaki Ini Menangis Penuh Emosi
Sedihnya

“Senyuman Aisyah Mampu Sakitkan Hati Fatin” - Abang Ipar Dakwa Fatin Umaidah Sengaja Sebarkan Voice Note Dan Play Victim
Takutnya dengan orang Lagi pendedahan tentang sikap Fatin Umaidah.acam ni...

BCL Selamat Bergelar Isteri Tiko
Tahniah BCL dan Tiko

“Tiba-Tiba Mangsa Melompat Dan Baring Di Landasan” - Lelaki Digilis LRT Bukan Terjatuh
Lelaki yang maut digilis tren transit aliran ringan (LRT) di stesen Dato Keramat semalam dipercayai turun ke landasan sendiri.