Hiburan
Tengok Muka Pun Dah Kelakar, Boleh Ke Lee Kwang Soo Jadi Polis?
Pelakon dan anggota kumpulan Running Man, Lee Kwang Soo telah ditawarkan untuk membawa watak utama dalam drama berjudul Live.
Difahamkan Kwang Soo bakal membawakan watak sebagai seorang pegawai polis.
Perkara itu disahkan oleh syarikat pengurusannya, King Kong by Starship pada 19 Jun lalu.
"Kwang Soo ditawarkan memegang watak utama sebagai seorang polis. Dia nampaknya berminat dengan drama itu dan kini sedang meneliti tawaran tersebut," katanya seperti yang dilapor Soompi.
Live merupakan karya penulis skrip Noh Hee Kyung yang terkenal dengan menghasilkan drama-drama popular.
Antaranya It's 'Okay, That's Love', 'That Winter, The Wind Blows', dan 'The World They Live In'.
Sementara itu, pelbagai reaksi yang diberikan oleh peminat sebaik sahaja berita mengenai perkara ini dihebahkan.
Rata-ratanya meluahkan rasa teruja dan tidak sabar untuk melihat lakonan aktor berusia 31 tahun itu.
Namun tidak kurang juga ada yang mengusik dan khuatir sekiranya watak polis yang dibawakan itu menjadi tidak serius gara-gara wajahnya yang lucu.
Must-Watch Video