Tengok Ni... Siapa Yang Dicabar Oleh Puteri Aishah, Aman RA & Sharul Kamal Untuk Tonton Pusaka?

Kamaruddin Razal
November 17, 2019 00:55 MYT

Filem Pusaka masih hangat membara di pawagam!

Menerusi pemerhatian Gempak semalam, ramai yang masih memilih untuk menonton filem ini di pawagam!

Naskhah arahan Razaisyam Rashid ini juga telah berjaya meraih kutipan lebih RM7.3 juta dalam masa 11 hari tayangan!

Jika sebelum ini pelakon filem Pusaka telah menyahut #PusakaChallenge dan mengajak tiga orang rakan mereka untuk menonton karya ini, selebriti lain juga turut mencabar rakan-rakan mereka!

BACA: Wah, Ramai Dah Sahut #PusakaChallenge, Anda Bila Lagi?

Selebriti seperti Puteri Aishah, Aman RA, Sharul Kamal, Hafizul Kamal, Theeban dan Andy Teh turut sama-sama memeriahkan #PusakaChallenge!

Jadi, apa tunggu lagi, jika anda sudah menonton filem ini, jom sama-sama memeriahkan #PusakaChallenge dengan mencabar tiga orang rakan anda untuk menyaksikan filem Pusaka!

Filem Pusaka merupakan karya terbaru terbitan Astro Shaw dengan kerjasama Director's Think Thank dan dipersembahkan oleh produksi Alpha 47.

Mendapat sentuhan pengarah berbakat, Razaisyam Rashid, filem ini membariskan bintang-bintang hebat.

Filem ini menampilkan pelakon hebat seperti seperti Syafiq Kyle, Mimi Lana, Fauziah Datuk Ahmad Daud, Faizal Hussein, Sweet Qismina, Hafidz Roshdi, Aleza Shadan, Yuna Rahim dan ramai lagi.

Jangan lupa saksikan filem Pusaka di pawagam bermula 31 Oktober ini!

Untuk lebih informasi mengenai filem Pusaka, layari laman Facebook, YouTube, Twitter dan Instagram Astro Shaw.

#Filem #Filem #Pusaka