Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Tengok Pond*n, Selalu All Out…” - Che Ta Nasihat Kaum Wanita Kena Selalu Tampil Cantik & Bergaya

Shahrin Zulkifle
25/01/2023 08:00 MYT

Pelakon dan usahawan jelita, Rozita Che Wan menasihati golongan wanita untuk kekal cantik setiap kali mahu keluar dari rumah.

Kata Rozita atau mesra disapa Che Ta, sebagai seorang wanita tidak boleh bersikap malas untuk menghias diri selain perlu rajin bergaya setiap masa.

“Jadi orang perempuan jangan malas, kena rajin. Tak boleh keluar rumah rambut basah, bibir birat, eh jangan macam itu.

“Malu tahu kalau keluar begitu, tengok pond*n kalau keluar selalu all out, kita yang perempuan ini kena rajin bergaya, kena lagi lawa daripada pond*n,” katanya.

Che Ta berkongsi perkara itu menerusi satu sesi siaran langsung yang kemudian dirakam dan muat naik semula oleh seorang pengguna di laman TikTok.

undefined

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata netizen bersetuju dengan Che Ta bahawa wanita seharusnya perlu tampil cantik dan kemas setiap kali mahu keluar rumah.

“Betul tu, kadang kadang golong mereka lebih cantik,” kongsi seorang warganet.

“Betul, dekat rumah pun perempuan kena cantik, kena bersiap,” komen seorang wargamaya.

“Betul, tak semestinya kena make up tebal, cukup bersiap dan kemas, mesti nampak lawa,” kata seorang netizen.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.

#Che Ta #Rozita Che Wan #Cantik #Lawa
;