Laman Utama

"Tengok Riak Wajah Suami..." - Dilihat Bahagia Bermadu, Netizen Minta Zizie Izette Tips Rumah Tangga!

gempak
Izwan Isa
08/05/2022
13:50 MYT
Sponsor Banner
"Tengok Riak Wajah Suami..." - Dilihat Bahagia Bermadu, Netizen Minta Zizie Izette Tips Rumah Tangga!
Baru-baru ini, perkongsian Datin Seri Zizie Izette menyorot perhatian netizen apabla dia memuat naik sepotong video bersama madunya, Datin Nor Asidah Alimuddin.
Menerusi ruangan kapsyen, Zizie menulis: “Untuk info, suami kami tak minat yang kurus-kurus, taste dia yang comel-comel macam kami.
“Tengok riak wajah suami, Bung Moktar yang kelihatan begitu cerita. Kaum Adam yang teringin macam kami janganlah cemburu ya.
“Kalau nak pergi menuntut ilmu dengan panglima perang Sabah ni,” tulis Zizie.
Menerusi ruangan komen, ramai yang memuji dengan kemesraan yang ditunjukkan oleh mereka bertiga.
“Datin… boleh tak bila-bila share apa tips Datin amalkan untuk jaga hubungan rumah tangga… saja la nak tau.”
“Syukur alhamdulillah… Tumpang gembira tengok kebahagiaan macam Datin ni... Semoga ditambahkan lagi kebahagiaan bersama orang tersayang hingga ke jannah. Amin ya rabbal alamin.”
“Bagusnya dah macam adik-beradik. Selamat hari raya… semoga diberi berkat dan rezeki yang murah.”
Untuk rekod, Zizie mendirikan rumah tangga dengan Datuk Seri Bung Moktar Radin pada Disember 2009.
Menerusi perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan kembar lelaki berusia dua tahun iaitu Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette, serta anak perempuan, Aalisa Belle Izette. Pasangan ini juga mempunyai dua orang anak angkat, Nayla Nurjenna dan Aaric Zayn Izette.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live