,
Laman Utama

“Tengok Sekali Mungkin Tak Nampak Tapi..” - Yassin & Apek Jawab Kenapa Lan Pet Pet Tiada Dalam Jaga-Jaga Senariounion!

Hanafis Haris
25/04/2022
08:00 MYT
Ketiadaan pelakon Lan Pet Pet untuk turut serta dalam filem terbaru Senario berjudul Jaga-Jaga Senariounion ternyata mencetuskan tanda tanya.
Susulan itu, banyak teori dan dakwaan dibuat oleh peminat yang mengharapkan ‘reunion’ lengkap buat kumpulan pelawak lagenda itu.
Tampil memperjelaskan kekeliruan ramai, Yassin dan Saiful Apek akhirnya menyatakan sebab utama Lan Pet Pet tidak menyertai filem Jaga-Jaga Senariounion.
Menurut Apek, ada ataupun tidak, Lan Pet Pet itu sebenarnya sentiasa bersama Senariounion.
“Kenapa tak ada abang Lan? Dia Baik orangnya.
“Sebenarnya bukan tak ada, abang Lan tu ada sentiasa. Dalam cerita ini kalau tengok sekali mungkin tak nampak.
“Tapi kalau langgan kali kedua dia ada,” katanya berseloroh.
Jelas Yassin, menerusi filem terbaru ini, mereka cuba sedaya upaya untuk mengumpulkan sebanyak yang boleh ahli kumpulan berserta krew terdahulu untuk bersama-sama menjayakan Jaga-Jaga Senariounion.
“Sebenarnya, bukan kata abang Lan tak ada, kita cuba kumpulkan seberapa ramai yang ada waktu pertama kali dalam dua abad ni.
“Ibarat reunion, krew bertugas pernah bersama, abang Lan tak ada sebenarnya tiada masalah.
“Abang Lan terlalu sibuk, kita faham,” katanya.
Yassin dan Apek berkata demikian ketika hadir dalam program GempakTV.
Anda boleh lihat video berkenaan di bawah.
Sekadar info, kisah Jaga-Jaga Senariounion bermula di hari majlis pernikahan anak Dato Hamdan dan Azlee, di mana keluarga Dato Hamdan telah disamun ketika dalam perjalanan ke rumah bakal besannya.
Apa yang peliknya, perompak-perompak tersebut hanya merompak barang-barang hantaran sahaja.
Setibanya di rumah pengantin, setiap seorang daripada mereka tidak kira keluarga pengantin lelaki atau pengantin perempuan telah disyaki merancang untuk sabotaj majlis tersebut.
Semuanya menjadi teka-teki.
Anda boleh melanggan dan saksikan Jaga-Jaga Senariounion Di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 21 April 2022.
Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand.
Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw dan Astro Gempak.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

“Genre Solve Crime Ni Memang Fav Aku” - Netizen Puas Layan Jaga-Jaga Senariounion, Tak Sangka Ada Plot Twist!

gempak
10/05/2022
06:13 MYT
Apa yang peliknya, perompak-perompak tersebut hanya merompak barang-barang hantaran sahaja.
Laman Utama

“Kami Nak Peminat Tahu Sebenarnya…” - Ramai Tak Tahu, Rupanya Ini Asal Usul Nama Senario!

gempak
09/05/2022
02:24 MYT
Begitu kisahnya!
Laman Utama

“Cuak Sampai Tercirit? Lawak! ” -Netizen Tak Sangka Jaga-Jaga Senariounion Banyak Babak Berdekah!

gempak
06/05/2022
12:35 MYT
Mengapa Hamda tercirit dan tidak bersalah?
Laman Utama

Masih Menyengat! Jaga-Jaga Senariounio Kekal Nombor 1, Filem Terbaik Musim Raya!

gempak
04/05/2022
05:58 MYT
Apa yang peliknya, perompak-perompak tersebut hanya merompak barang-barang hantaran sahaja.
Laman Utama

Excited Raya Awal? Jom Layan Jaga-Jaga Senariounion! Confirm Berdekah Satu Rumah!

gempak
01/05/2022
17:42 MYT
Banyak plot twist rupanya!