Pengarah, Aziz M Osman memuji filem Rahsia arahan sutradara berbakat, Shamyl Othman.

Menurut Aziz, filem itu berjaya membuatkan dirinya berasa terpegun melihat keseluruhan hasil karya berkenaan.

“Tahun 80-an saya tercengang tengok filem Rahsia hasil air tangan sifu Othman Hafsham.

“Hari ni saya tengok Rahsia versi @shamyl23 @alfiepalermo membuatkan saya ‘tercampak ke dinding’…phew,” pujinya.

A post shared by Aziz M.Osman (@azizmosman)

BACA: “Aura Dia Lain Macam” - Pengarah Gerun Jumpa Lagenda! Eman Manan Setuju Berlakon Rahsia Lepas Baca Skrip

BACA: Imran Bard, Azfar Heri & Zhafvlog Puji Rahsia… Siap Bagi Rating Full Mark

Selain Aziz, Rahsia juga sebelum ini mendapat pujian daripada personaliti media sosial antaranya Imran Bard dan Azfar Heri.

Imran menyifatkan jalan cerita Rahsia sebagai berbeza berbanding filem seram Malaysia yang lain.

BACA: Rahsia Rasuk Penonton! Tiga Hari Tayangan Kutipan Dah Cecah RM1.3 Juta

Untuk info, filem terbitan Astro Shaw dan Five Star Trading ini juga telah meraih kutipan sebanyak RM1.3 juta selepas tiga hari ditayangkan.

Jangan lupa saksikan Rahsia yang kini berada di pawagam seluruh negara.

Seperti versi asal Rahsia yang membariskan pelakon terkenal negara, versi reboot turut menampilkan wajah-wajah popular.

Watak Ramlah yang dijayakan oleh Noor Kumalasari, kini dilakonkan oleh Nabila Huda. Manakala, watak Hamdan oleh Shukery Hashim digerakkan oleh Fikry Ibrahim.

Barisan pelakon lain termasuk Eman Manan, Marsha Milan, Rashidi Ishak, Qistina Raisah, Syed Ali Murtadha, Mislina Mustaffa, Aloy Paradoks serta Nabil Zakaria di samping penampilan istimewa Othman Hafsham dan Susan Lankester.

Rahsia membawa tagline Dia Takkan Pergi manakala lagu berjudul Alunan Lara adalah lagu tema rasmi Rahsia yang dinyanyikan oleh Njwa.

SINOPSIS:

Rahsia membongkar sejarah silam sebuah keluarga. Ramlah pulang bercuti ke rumah ayahnya, Tan Sri Karim bersama suami, Hamdan dan anak-anak, Marina dan Saiful.

Keadaan menjadi keruh apabila Saiful tiba-tiba lesap sewaktu mereka berkelah di tepi pantai.

Pihak polis yakin Saiful hilang di persisiran pantai, namun Ramlah berkeras bahawa anaknya disembunyikan kuasa mistik.

Sementara Hamdan menyertai pihak polis dalam operasi pencarian, Ramlah diganggu oleh kelibat wanita yang menggerunkan.

Walaupun tiada bukti kukuh, Ramlah bertekad untuk berdepan dengan puaka tersebut sekali gus merungkai rahsia di sebalik kehilangan anaknya itu.