Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

Tengok Wayang Haram Atau Tidak? Ustaz Adnin Jawab - “Bukan Tempat Yang Menjadi Penentu, Tapi…”

Izwan Isa 19/10/2023 | 03:30 MYT

Baru-baru ini, isu tentang panggung wayang kerap diperdebatkan. Baik di media sosial mahupun berita hiburan, ada sahaja perkhabaran tentang industri ini yang dilihat kembali mekar selepas merudum sejak COVID-19 melanda dunia dua tahun lalu.

Selain berita tentang kutipan filem Mat Kilau dan juga cukai hiburan yang dikenakan kepada karyawan filem agak tinggi, terdapat juga isu tentang batas pergaulan dalam panggung wayang.
Menerusi sesi soal jawab yang sering dilakukan oleh pendakwah bebas, Ustaz Adnin, terdapat seorang pengikutnya yang bertanya, apakah hukumnya menonton wayang.
Ustaz Adnin secara ringkas menjawab, bukan tempat yang menjadi penentu kepada halal atau tidak, tetapi apa yang ada di tempat itu.
“Bukan tempat menjadi penentu benda itu halal atau haram. Tapi apa yang ada dalam tu. Kalau kita pergi wayang tengok cerita yang ada unsur haram, pegang tangan, aurat didedahkan, peluk-peluk cium, maka berdosa.
“Kalau pergi wayang dengan awek, pakwe bukan mahram pun berdosa. Tak payah pergi wayang, pergi restoran berdua dengan pasangan pun dosa juga.
“Kalau cerita yang kita tengok patuh syrak, takda pegang tangan, takda aurat, mesej cerita baik, kita pergi dengan kawan-kawan sejantina dan family, takda masalah.
“Bukan tempat tu tapi apa yang ada dalam tu. Kalau nak tengok cerita, tengoklah cerita yang bermanfaat yang tiada unsur-unsur haram,” katanya.

A post shared by Adnin Roslan (@ustazadnin)

#Hukum #Wayang
;