Laman Utama
"Saya Mohon Maaf, Akan Lebih Hati-Hati" - Zul Ariffin
Pelakon popular Zul Ariffin tampil memohon maaf susulan video babak 'panas' yang tular di media sosial baru-baru ini.
Kata Zul, dia akan lebih berhati-hati untuk memuat naik kandungan di media sosial bagi mengelakkan kontroversi berulang.
"Dengan hati terbuka,saya ambil maklum di atas semua respons dari banyak pihak berkenaan klip video yang dipaparkan sebelum ini. Saya dengan rendah hati, memohon maaf kepada semua yang terkesan dari tindakan memuat naik video berkenaan.
"Selepas ini saya akan lebih meneliti dan berhati-hati untuk memuat naik sebarang bahan yang diberikan kepada saya untuk dipromosikan di media sosial," katanya menerusi kemaskini hantaran Instagram Stories pada Isnin.
Terdahulu, aksi babak lakonannya mendukung pelakon baharu, Siti Hariesa untuk sebuah drama di televisyen mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.
Bagaimanapun, video itu telah dipadamkan dari akaun media sosial Zul.
Must-Watch Video