Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Tentang Kisah Suami Yang Kuat & Taat Jaga Isteri" - The Voltage Lancar Lagu Rock 'Aku Lelaki'

Amri Hassan
17/08/2024 13:41 MYT
Kumpulan rock, The Voltage tampil dengan single bergenre rock berjudul ‘Aku Lelaki’.

Jelas vokalis The Voltage, Wafie, lagu yang dilancarkan pada akhir bulan Jun itu dikatakan sangat istimewa kerana ia berdasarkan kisah benar salah seorang anggota kumpulan tersebut.

Ceritanya, lagu ini berkisarkan tentang seorang suami yang kuat dan taat setia menjaga seorang isteri yang menghadapi masalah tekanan mental.

"Walaupun isterinya mempunyai masalah depresi dan masalah kesihatan yang serius, tetapi suaminya sentiasa bersabar dan mengawal isterinya dengan baik.

"Tapi akhirnya pada suatu hari isterinua nekad membunuh diri dengan cara menj*rut di jendela rumah. Alhamdulillah, sang suami masih kuat sehingga kini demi menjaga anak-anak tercinta," katanya.

Ujar Wafi lagi, lagu ini ditulis dan digubah sepenuhnya oleh The Voltage iaitu Zarul (Drummer), Ayoi (Gitaris), Ijoy (Basis) dan dirinya selaku vokalis.

"Lagu ini dimuat naik dalam album Rock Never Dies Volume 1 bersama Sons Of Adam, Bumantra, Melissa, The Flow, Roots N Boots, Senna dan lain-lain," tambahnya.

Melanjutkan bicara, Wafi meluahkan rasa syukur kerana album dan lagu ini mendapat sambutan yang baik serta sokongan yang padu daripada rakan rock artis terutama Datuk Awie.

"Datuk Awie yang lancarkan album ini. Harapan kami supaya lagu ini sampai ke Final Juara Lagu dan mendapat tempat di setiap hati rakyat Malaysia," ujarnya yang mahu menjadi seperti kumpulan Search dan Wings.

Ujar The Voltage lagi, mereka sangat menyukai kedua-dua kumpulan tersebut kerana belum ada lagi generasi yang baharu seakan dengan mereka.

BERITA TRENDING: Adakah Talak Jatuh Kerana Paksaan Bercerai?

BERITA TRENDING: Kes Wanita Ditolak Suami Ke Gaung: Mangsa Ambil 9 Jam Untuk Naik Semula Ke Atas, Hanya Fikir Anak-Anak

BERITA TRENDING: PU Riz Titip Pesanan Untuk Lelaki Bakal Berkahwin - “Perkara Ini Juga Ada Ulama Kata Wajib & Sunnah Kata Mesti Dibuat”

BERITA TRENDING: "Saya Gemuk Pun Laki Sayang Saya"

#Viral #Awie #Wings #Search #Lagu #Rock #Aku Lelaki #The Voltage
;