Berita

Tentera Bantu PDRM Mulai Ahad Ini

gempak
Asraf Aided
20/03/2020
06:53 MYT
Sponsor Banner
Tentera Bantu PDRM Mulai Ahad Ini
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan anggota tentera akan mula membantu pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) bermula Ahad ini.
Perkara itu diumumkan dalam sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan yang diadakan sebentar tadi.
Menurut Beliau, keputusan itu dibuat sebagai usaha memastikan orang ramai patuh dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang sedang dilaksanakan.
"Kepada semua rakyat Malaysia yang saya percaya kini berada di rumah untuk menonton kenyataan media yang akan diumumkan.
"Mesyuarat hari ini memutuskan supaya anggota tentera membantu pihak polis di dalam memantau keadaan yang berlaku hari ini, terutamanya untuk memastikan pematuhan rakyat kepada arahan supaya mereka berada di dalam rumah masing-masing.
"Tentera akan mula digerakkan pada Ahad ini, kita yakin dengan bantuan dari pihak tentera, kawalan akan dapat dilaksanakan dengan baik dan semoga rakyat terus patuh kepada arahan yang dikeluarkan kerajaan," kata beliau.
Tambah Ismail, tahap pematuhan arahan oleh rakyat Malaysia telahpun menunjukkan peningkatan.
"Daripada laporan pihak polis, terdapat peningkat dari segi peratusan pematuhan rakyat. Saya mewakili kerajaan Malaysia ingin mengucapkan terima kasih kepada rakyat yang semakin sedar tentang bahaya penyakit COVID-19 serta patuh kepada perintah kerajaan untuk berada di rumah masing-masing," tambahnya.
Tonton video ucapan : (klik di sini)
Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan bermula 18 sehingga 31 Mac 2020.
Sebagai rakyat Malaysia, mari kita sama-sama menunaikan tanggungjawab terhadap negara dengan mematuhi perintah yang dikeluarkan oleh kerajaan.
Sentiasa utamakan penjagaan kebersihan, basuh tangan dengan sabun atau gunakan 'sanitizer' dengan kerap, kekal berada di rumah dan lakukan semua langkah yang mampu mencegah penularan wabak COVID-19!
Sumber Video : Astro AWANI
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024