Berita
Tentera Israel Berundur Dari Bandar Gaza, Gaza Utara Buat Kali Pertama
Tentera Israel pada Khamis, berundur dari bahagian bandar Gaza dan Wilayah Gaza Utara buat pertama kali sejak ia memulakan serangan darat pada 27 Oktober tahun lalu.
Reuters yang memetik wartawan Anadolu melaporkan, kenderaan tentera berundur sepenuhnya dari kawasan kejiranan At-Tawam, Al-Karama, dan Jalan Rashid di wilayah barat Gaza Utara.
Wartawan agensi tersebut menambah, tentera Israel turut berundur dari kawasan Al-Muqawsi, Menara Perisikan, Bahloul, dan Jalan Rashid di bandar Gaza.
Beberapa penduduk memberitahu Anadolu bahawa mereka berjaya sampai ke rumah buat kali pertama sejak serangan Israel dilancarkan.
Israel melancarkan serangan di Semenanjung Gaza pada 7 Oktober, membunuh sekurang-kurangnya 26,900 rakyat Palestin, manakala lebih 65,000 cedera.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memaklumkan serangan Israel turut menyebabkan 85 peratus penduduk Gaza kehilangan tempat tinggal.
Sumber: Astro Awani
Must-Watch Video