Rezeki berpihak kepada JBORN apabila kumpulan itu dinobatkan sebagai juara Muzikal Lawak Superstar.

Gelaran tersebut sekaligus melayakkan JBORN membawa pulang wang tunai berjumlah RM150,000 beserta trofi sumbangan Astro.

Tempat kedua menjadi milik UNI yang memenangi wang tunai RM75,000 dan trofi.

NEWBOH pula diumumkan sebagai pemenang tempat ketiga dan menerima wang tunai berjumlah RM50,000 dan trofi.

Manakala tempat keempat menjadi milik BOTAK yang masing-masing membawa pulang RM25,000 dan beserta trofi.




Sementara itu, trofi Superstar musim ini diberikan kepada Joey.

Pemilihan berdasarkan persembahan dari minggu pertama hingga akhir.

Hadiah disampaikan oleh Ketua Saluran Melayu Astro, Azlin Reza Azmi.

Kesemua bintang diadili 50% daripada juri tetap, Altimet, Nora Danish dan Datuk Awie manakala 50% lagi adalah undian.

MLS bersiaran selama 10 minggu, setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil.

Program yang dihoskan olah Nabil Ahmad dan Nabila Huda ini juga disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124) serta boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan secara strim di On Demand.