Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

“Tepi Jalan Pun Jadi...”- Bercuti Di Korea, Liza Hanim Menyusukan Anak Di Tempat Awam

Syafiqah Jalal
24/12/2019 09:00 MYT
Penyanyi Liza Hanim akui banyak kelebihan buat ibu-ibu yang menyusukan sendiri bayinya terutama ketika bercuti.

Baru-baru ini, Liza memberitahu dia sempat menyusukan anaknya, Al-Fateh yang berusia 11 bulan hanya di tepi jalan ketika bercuti di Korea Selatan.

“Al Fateh tengah buat apa tu hihihi...

“Kelebihan breast feeding... anytime anywhere on demand tepi jalan pun jadi

“Tapi ni tepi Palace.... Royal la sikit hahahah,” katanya berseloroh

Liza berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya menerusi entri tersebut dia memuat naik fotonya ketika sedang menyusukan anak lelakinya.

Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata dari kaum ibu yang dapat memahami situasi berkenaan.

Liza mendirikan rumah tangga bersama bekas anggota kumpulan Indigo, Mohamed Shahrin Samsudin pada tahun 2003 dan dikurniakan empat cahaya mata, dua lelaki dan dua perempuan.

Al Fateh tengah buat apa tu hihihi... Kelebihan bfeeding... anytime anywhere on demand tepi jalan pun jadi Tapi ni tepi Palace.... royal la sikit hahahah

A post shared by Liza Hanim (@lizahanim79) on

#Anak #Baby #Liza Hanim #Menyusu