Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Tepi Sikit Tinder, Perkenalkan Facebook Dating Untuk Cari Jodoh

Azwa Rahman
03/05/2019 09:56 MYT
Berita baik untuk anda yang sedang mencari jodoh, Facebook mengumumkan fungsi Facebook Dating untuk digunakan oleh 14 negara baru.

Jika sebelum ini ia hanya didapati di Colombia, Thailand, Kanada, Argentina dan Mexico, 14 negara baru itu termasuklah Malaysia, Filipina, Singapura, dan Vietnam.



Dengan Facebook Dating ini, pengguna boleh mencipta profil yang berbeza dari profil peribadi Facebook.

Menerusi profil itu, pasangan berpotensi akan dicadangkan berdasarkan kegemaran anda, minat yang sama dan persamaan rakan.

Selain Dating, Facebook turut mengumumkan fungsi Secret Crush.

Inilah cara untuk membantu orang yang pemalu untuk mendekati orang yang mereka suka.

Anda boleh menambah sehingga 9 orang rakan di Facebook ke dalam senarai Secret Crush. Jika crush anda turut sama menambah anda ke dalam senarai Secret Crush, kedua-duanya akan dimaklumkan tentang persamaan ini.

Selamat mencari jodoh di Facebook.
#Facebook #Jodoh #Dating