Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Terajang, Tampar Siap Pulas Tangan Anak? Netizen ‘Naik Hantu’ Video Bapa Tiri Kejam!

Hanafis Haris
13/03/2022 04:30 MYT

Sebuah video memaparkan tindakan kejam seorang lelaki telah mencetuskan kemarahan netizen yang kebanyakan ‘naik hantu’ dengan tindakan tersebut.

Menerusi video berdurasi dua minit yang tular di Twitter itu, lelaki berkenaan pada awalnya memarahi seorang kanak-kanak dengan memegang tangannya.

Tidak lama kemudian lelaki tersebut dilihat ‘memulas’ lengan kanak-kanak dipercayai anak tirinya itu sebelum menendang dan memukulnya.

Baru berusia lima tahun, kanak-kanak itu hanya mampu menangis kerana tidak dapat menahan kesakitan.

Perkara itu sekali gus mengundang kemarahan netizen yang seakan tidak percaya seorang lelaki dewasa tergamak melakukan sedemikian rupa.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Sementara itu menurut laporan media, suspek dipercayai berusia dalam lingkungan 30 an itu telah menendang, menampar dan memulas kedua-dua tangan mangsa sambil memarahinya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan Ramsay Anak Embol memaklumkan laporan berkaitan kes itu sudah diterima daripada ibu mangsa berusia 25 tahun. Kejadian difahamkan berlaku di Taman Sri Muda, Seksyen 25.

Hasil penelitian video itu mendapati suspek memarahi mangsa selain menampar dan memulas kedua-dua tangannya.

“Selain itu, ibu mangsa telah mempertahankannya daripada terus dipukul suspek dengan memeluk kanak-kanak tersebut,” katanya kepada Kosmo.

Sumber: Twitter, Kosmo!

#Viral #Pukul #Pulastangan