“Teran Tiga Kali, Tak Sampai Seminit Push” – Mudahnya Beby Maembong Bersalinkan Puteri Elysia

Mya Amri
September 2, 2020 04:22 MYT
Kakak kepada pelakon Emma Maembong, Beby selamat melahirkan cahaya mata ketiganya.
Berita gembira itu dikongsi Beby menerusi posting di akaun Instagram miliknya.
Menurut Beby, dia bersyukur kerana proses melahirkan anak perempuannya itu sangat mudah.
“Assalamualaikum semua aunty uncle, lama kan kita tunggu nak tahu suprise jantina saya. I’m a girl! Nama saya puteri @bebyeejunior. Umur saya 5hari.
“Tarih lahir saya 25 Ogos 2020. Lahir pukul 10:55malam. Mummy teran tiga kali je saya dah melompat keluar. Tak sampai seminit push. Alhamdulillah sangat mudah mummy lahirkan saya,” kongsinya.
Beby yang memilih nama Puteri Elysia untuk anak ketiganya juga turut membuka akaun Instagram @bebyeejunior buat bayi comel itu
“Berat saya 3KG je tapi pipi saya bambam macam mummy. Kulit saya masih merah. Saya ada lesung pipit dan lesung dagu.
“Eh ada ke lesung dagu? Sebab dagu saya pon ada lekuk. Sayang semua,” tulisnya.
Terdahulu, Beby sebelum ini menjadi perhatian elepas foto yang merakamkan dirinya berpakaian mirip duyung tular di laman sosial.
Disebabkan itu juga Beby telah digelar sebagai Mermaid Malaysia.
#Beby Maembong