Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Terapung Dengan Gitar Seventeen, Budak Lelaki Terselamat Dari Badai Tsunami

Syafiqah Jalal
27/12/2018 09:45 MYT
Seorang kanak-kanak lelaki, Akhmad Khowarizmi atau Azmi, 10, terselamat dari badai tsunami apabila menggunakan gitar milik kumpulan Indonesia, Seveten untuk terapung.

Azmi menggunakan gitar tersebut untuk menyelamatkan diri dari gelombang tsunami yang melanda pantai Carita.

Menurut portal Liputan 6, Azmi pada mulanya bersama keluarganya menyaksikan persembahan kumpulan itu di kawasan pelancongan tersebut.

Datuknya, Ashari, 64, keluarga itu berada di hadapan pentas dan tidak sempat melarikan diri.

Jelasnya, cucunya terselamat kerana dia mengapai gitar milik kumpulan terbabit untuk dijadikan pelampung.

Namun anak perempuan tunggalnya terkorban, Ninil Ukhita Anggra Wardani dan ditemui pada 23 Disember di sekitar Tanjung Lesung.

Pemergian Ninil, 38, yang terkorban dalam tsunami Selat Sunda meninggalkan seribu kesedihan mendalam buat keluarga itu.

Ninil selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kalirejo, Bangil, Pasuruan pada malam 24 Disember lalu.

Sumber: Liputan 6

#Penyanyi #Indonesia #Penyanyi #Seventeen #Tsunami
;