Penyanyi dan pelakon Syura menegur sikap segelintir masyarakat yang sering berasa iri hati melihat kejayaan orang lain sehingga mendoakan keburukan.

Menerusi posting terbaharu di akaun Instagramnya, Syura menasihatkan agar golongan seperti ini dapat membuka minda menerima kejayaan orang lain dan membuang perasaan hasad dengki

“Hi awak! Terasa ke? Yes, memang nak suruh awak sentap pun. Macam ni lah, dah 2021 ni cuba kita perlahan-lahan ubah mindset, ubah cara berfikir dan bersihkan hati.

“Jangan cepat buruk sangka bila ada orang kongsi tentang perjalanan mahupun kejayaan! Pandanglah semua tu sebagai satu inspirasi dan bukan dengan perasaan dengki! InsyaAllah tenang je hati tu nanti.

“Sejak terjebak dalam perniagaan, banyak yang Syura belajar! Sabar, sabar dan sabar! Jangan kisah dengan apa pun orang nak cakap!

“Untuk semua ahli perniagaan, be strong! Jangan sesekali down tau! Jangan terkesan dengan orang/ kawan-kawan toxic macam tu!

“Kita susah, bukan diorang datang tolong kita pun... Diorang tak tahu perit hidup kita macam mana nak survive.

“So, apa nak buat? Kita “kick” terus dalam hidup kita pun tak apa… Tak rugi pun awak! Syura doakan korang berjaya dunia akhirat,” coretnya.

A post shared by Syura badron official (@syurabadron)


Sebelum ini, Syura juga mengalami nasib yang sama apabila sumber modal perniagaannya menjadi pertikaian netizen.

BACA: Dipersoal Sumber Modal Bisnes Guna Duit Sugar Daddy, Ini Jawapan Balas Syura...

Lebih mengecewakan apabila ada pihak mempersoalkan sumber kewangannya mungkin ‘ditaja’ oleh individu berstatus ‘sugar daddy’.