Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

“Terasa Mereka Masih Ada Bermain Bersama…”- Sayu, Vida Teringat Arwah Anak

Syafiqah Jalal
28/04/2020 13:01 MYT
Usahawan kosmetik tersohor, Datuk Seri Vida berkongsi kenangan bersama dua arwah anak lelakinya Eddie dan Edrie yang maut dalam kebakaran tujuh tahun lalu.

Meratapi pemergian kedua-dua puteranya, Vida akui pedih pedih kehilangan orang yang tersayang.

“Ada ketikanya, walaupun mereka dah pergi masih terasa mereka bermain bersama adik beradiknya.

“Bila kami gembira rasa macam mereka juga ada bersama.

“Tak tahu nak cakap bagaimana mana pedih kehilangan orang yang kita sangat sayang,” katanya.

Vida berkongsi cerita tersebut di dalam program realiti The House musim kedua (The House 2) episod ketiga yang pernah ditayangkan di Astro Gempak dah Astro Ria pada tahun 2016.

The House menyingkap kehidupan Vida sekeluarga yang ditempatkan bersama dalam satu rumah menerusi sebuah program realiti digital.

Menerusi The House, peminat bepeluang untuk melihat dan menilai sendiri sejauh manakah keakraban serta cabaran Vida dan anak-anaknya tanpa bantuan pemandu dan pembantu rumah.

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini Astro Gempak akan menayangkan kembali drama siri realiti The House dari semua musim untuk mengisi masa lapang anda di rumah.

Tonton The House yang ditayangkan menerusi Gempak Duduk Rumah di portal Astro Gempak atau YouTube Gempak.
#Anak #Datuk Seri Vida #Datuk Seri Vida #Vida #DSV #Vida #Arwah
;