Laman Utama
“Terasa Sengal Tapi Tak Ada Simptom Lain” – Dr Say Kongsi Pengalaman Di Vaksin
Pengacara Tanya Doktor, Dr Say Shazril berkongsi pengalaman menerima suntikan vaksin.
Menerusi akaun Instagramnya, Dr Say juga tidak ketinggalan memberikan beberapa tip atau panduan kepada orang ramai tentang arahan sebelum menerima vaksin.
“Semalam merupakan dos pertama Corminaty Pfizer saya. Mesti ampa nak tau apa kesan sampingan yang saya alami kan?
“Terus terang saya cerita awal-awal masa kena cucuk rasa dia macam bini berleter di mana masuk telinga kiri keluar telinga kanan, tak rasa apa-apa.
"Tapi bila petang menjelma fuh bahu terasa sedikit sengal ibarat lepas shoulder workout setelah setahun tak workout.
“Alhamdulillah takda simptom lain macam bengkak/ merah kat tempat injection, takde sakit kepala, sakit otot, sakit sendi, lemah tubuh badan, loya, ruam,” tulisnya.
Tambah Dr Say, orang ramai juga harus peka dengan aplikasi MySejahtera kerana segala maklumat berkenaan vaksin ada di dalamnya.
“Pertama, CHECK MYSEJAHTERA APP FROM TIME TO TIME. Kat sini saya mengaku bersalah sebab diorang had to call me to inform yang vaccination saya was going to be on 7th of April padahal bila saya check MySejahtera lepas diorang call tu memang dah tertera tempat dan timing vaccination saya.
“Kata mereka hari-hari kena call dekat 300 - 400 orang untuk bagitahu appointment date vaccination yang sebenarnya dah ada kat app MySejahtera masing-masing.
“Kesian sesangat sebab workload mereka yang lain pun dah cukup banyak jadi marilah sama-sama ringankan tangan update MySejahtera from time to time ye?
“Kedua, once kalian dah decide yang kalian nak amik vaksin, kalian kena expect yang 2 dos vaksin ni TARIKHNYA TAK BOLEH DITUKAR-TUKAR.
“Dos kedua adalah exactly 21 days after the 1st dose. Contoh, 1st dose sy was on 7.4.2021 at 10am maka 2nd dose saya WAJIB pada 28.4.2021 at 10am.
“Katanya “Don’t ever think to change the DATE & PLACE for 2nd dose! U MUST come for the 2nd dose!
“No reason for being absent! Your action may lead to vaccine wastage since the 2nd dose is reserved for u & only u!” banyak betul tanda serunya, cukup tegas. Jadi kalau boleh ambil lah time slip atau off on your vaccination days k?
“Kesimpulannya, vaksin ni masih optional tiada paksaan tapi kalau kerajaan dah buka sempadan negeri atau negara hanya bagi yang dah dapat 2 dos vaksin, yang tak amik vaksin tengok jelah story yang dah dapat vaksin bersuka-ria," kongsinya.
Must-Watch Video