Pelawak terkenal tanah air diberkas polis bersama dua rakannya selepas terbabit dalam kes pergaduhan di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Menurut laporan Harian Metro, pelawak berusia 40-an itu turut diarah menjalani ujian air kencing susulan penemuan paket berisi dadah dari salah seorang suspek wanita ditahan yang juga kenalan pelawak terbabit.

Sumber polis berkata, pelawak terbabit diberkas sekitar jam 6 petang kelmarin di sebuah hotel di Taman Maluri, Cheras.

Menurutnya, polis sebelum itu menerima laporan berhubung kes pergaduhan di dalam hotel itu sebelum bergegas ke lokasi.

Pihak polis kemudian menahan pelawak senior terbabit bersama seorang lelaki dan seorang wanita berusia sekitar 30-an di lobi hotel itu.

Siasatan mendapati pelawak terbabit mempunyai empat rekod jenayah membabitkan dadah selain dikehendaki polis berhubung kes di Hulu Klang, Selangor

Sumber: Harian Metro