Laman Utama

Terbabit Konsert Goyang Asia Koplo Milenia, Siti Badriah Rindu Durian Malaysia

gempak
Maliah Surip
30/05/2023
08:55 MYT
Sponsor Banner
Terbabit Konsert Goyang Asia Koplo Milenia, Siti Badriah Rindu Durian Malaysia
Penyanyi dangdut Siti Badriah menjadi salah seorang daripada enam penghibur yang terlibat dalam Konsert Goyang Asia Koplo Milenia.
Tidak sabar untuk bertemu para peminat di Malaysia lewat konsert yang dijangka berlangsung di Pusat Ekuastrian Bukit Kiara, Kuala Lumpur pada 12 Ogos 2023, Siti Badriah sebenarnya punya misi peribadi.
Siti Badriah atau Sibad mengatakan mahu mencari buah kegemarannya iaitu Durian.
“Saya terakhir masuk Malaysia pada 2018 dan sangat senang kerana dapat kembali bertemu peminat dalam konsert Konsert Goyang Asia Koplo Milenia nanti.
“Tapi tujuan utama saya adalah mencari Durian Musang King. Saya sangat rindu ke Malaysia kerana durian. Buat persembahan itu hanya kerja sampingan,” katanya berseloroh.
Sibad ditemui media Indonesia dan Malaysia sewaktu sidang media virtual konsert tersebut.
Bercakap mengenai harapannya terhadap konsert yang dibawakan Mission Sight Sdn. Bhd tersebut, Sibad berharap agar tiket habis terjual sekaligus dapat menghiburkan penonton dengan gabungan bersama lima penyanyi dangdut yang lain.
Selain pelantun lagu Lagi Syantik itu, Konsert Goyang Asia Koplo Milenia menampilkan penyanyi dangdut terkenal Indonesia lainnya termasuk Hesty Aryatura, Rheyna Morena dan Fitry Carlina bersama dua ratu dangdut Malaysia iaitu Baby Shima dan Ani Mayuni.
Tiket-tiket berharga dari RM158 sehingga RM658 mengikut zon sudah boleh dibeli menerusi www.ticket2u.com.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live