Hiburan

"Terbaik Dari Saya…" - Tak Mahu Pendam, Hairul Azreen Akhirnya 'Tunjuk Taring' Dalam Wira

gempak
Hanafis Haris
27/11/2019
06:17 MYT
Sponsor Banner
"Terbaik Dari Saya…" - Tak Mahu Pendam, Hairul Azreen Akhirnya 'Tunjuk Taring' Dalam Wira
Pelakon Hairul Azreen menyifatkan lakonan terbarunya dalam filem Wira adalah yang terbaik pernah dibawa sepanjang karier.
Jelas Hairul, dia bersyukur kerana pengarah filem tersebut, Adrian Teh memberikan banyak peluang berkongsi pendapat dan idea sepanjang penggambaran.
"Kalau nak bandingkan dengan PASKAL The Movie, saya bergerak ramai, jadi saya segan. Wira ni lain saya dapat luahkan apa yang saya rasa.
"Ibaratnya seperti menari, kalau PASKAL The Movie orang tolak atau suruh saya menari baru saya menari. Tapi Wira tidak, biar saya yang tawar diri untuk menari.
"Maknanya, ini yang terbaik dari saya," katanya.
Tambah Hairul, dia juga senang berkerja dengan Adrian walaupun genre filem terbarunya itu agak berbeza dengan PASKAL The Movie.
"Kerja dengan Adrian ni senang, dia tahu apa yang dia nak dan saya tahu apa dia mahukan.
"Perangai saya dekat set pun dia dah tau. Kita bila tak bagus je, kita terus cakap tak ada simpan-simpan," katanya kepada Gempak.
Pada yang belum menyaksikan Wira, filem ini telah mula ditayangkan bermula Khamis lalu.
Sehingga kini, Wira telah pun meraih kutipan sebanyak RM2.2 juta dalam masa empat hari tayangan!
BACA: Padu! Filem Wira Raih RM2.2 Juta Dalam Masa 4 Hari Tayangan!
Untuk rekod, Wira berkisarkan mengenai kisah seorang bekas tentera yang dahulunya melarikan diri akibat tidak tahan dikawal tetapi kembali ke pangkuan keluarga untuk membela nasib mereka.
Filem yang menaruhkan aksi mempertahankan diri ini dibintangi oleh Hairul Azreen, Fify Azmi, Hilal Azman, Henley Hii dan Josiah Hogan.
Istimewanya filem ini, ia turut menampilkan pelakon Indonesia Yayan Ruhian dan Ismi Melinda, manakala pengarah popular, Dain Said juga tampil melakonkan watak antagonis bagi filem ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live