Program realiti The House musim keenam yang menampilkan bekas peragawati, Ezurin Khyra bersama lima anaknya, Tunku Amaan Khyra, Tunku Nadya Khyra, Tunku Omaan Khyra, Tunku Imaan Khyra dan Tunku Rmaan Khyra kini mendapat perhatian dari media di luar negara.

Terkini, nama Ezurin dan program The House telah diangkat dalam sebuah artikel online South China Morning Post ditulis oleh Hannah Lazatin.

Penulis membincangkan tentang apa yang dilakukan Ezurin dalam The House dan sedikit latar belakang Ezurin.

Selain itu, penulis itu juga ada menyentuh tentang rakan-rakan Ezurin dari Hollywood seperti Kim Kardashian dan Lionel Richie.

Nak tahu lebih lagi? Jom baca artikel penuh dari South China Morning Post di sini.

The House Ezurin Khyra bersiaran selama 10 episod menerusi Astro Ria (124) dan Ria HD (104) setiap Rabu, pukul 9 malam.

Kepada yang terlepas menyaksikannya, jangan risau kerana anda boleh menyaksikan ulangan menerusi On Demand atau tonton sahaja pada bila-bila masa di aplikasi Astro Go.

Gempak sebagai portal rasmi pula akan membawakan video-video secara eksklusif menerusi gempak.com/thehouse.