The House musim keenam yang menampilkan bekas model, Ezurin Khyra bersama lima anak dan seorang rakan baiknya, Magie Abang Saufi telah memasuki episod kelapan malam tadi.

Semakin menghampiri penghujung, program realiti ini mendapat lebih banyak sambutan luar biasa dari penonton.

Seperti minggu lalu, ramai warganet teruja dan membincangkan tentang The House di Twitter sehingga ia trending sekali lagi malam tadi!

Menerusi tinjauan Gempak, ada penonton yang suka melihat babak Magie memohon maaf kepada Ezurin kerana menyedari kesalahannya.

Dalam pada itu, ada juga penonton yang teruja dengan kemunculan khas aktres jelita, Datin Seri Maria Farida dalam episod malam tadi.









The House Ezurin Khyra bersiaran selama 10 episod menerusi Astro Ria (124) dan Ria HD (104) setiap Rabu, pukul 9 malam.

Kepada yang terlepas menyaksikannya, jangan risau kerana anda boleh menyaksikan ulangan menerusi On Demand atau tonton sahaja pada bila-bila masa di aplikasi Astro Go.

Gempak sebagai portal rasmi pula akan membawakan video-video secara eksklusif menerusi gempak.com/thehouse.